Tel. +604 771 4226

Sesungguhnya Allah S.W.T telah berfirman didalam Al-Quran


9. Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan Bagaimana kesudahan orang-orang Yang terdahulu dari mereka…. (Ar-Rum :9)

Didalam ayat ini memberi pengertian yang cukup bernilai bagi manusia Ummat Muhammad. Allah SWT telah meninggalkan beberapa tempat sebagai peringatan buat manusia yang akan datang supaya mereka melihat kesan orang-orang yang ingkar kepada Hukum Allah dan menentang RasulNya.

Sektor pelancongan merupakan sumber ekonomi negara yang amat penting. Dengan keunikan budaya, sejarah dan alam semulajadinya, secara tak langsung menjadi daya penarik kepada pelancong-pelancong dalam dan luar negara datang melancong ke Malaysia.

Kepelbagaian produk dan sambutan mengalakkan yang diberikan oleh pelancong-pelancong telah menarik minat “Paksi Ummah Travel and Tours Sdn. Bhd.” untuk menceburi dan memajukan sektor pelancongan.

Galakkan dan sokongan dari kerajaan pula telah memberikan keyakinan kepada Paksi Ummah Travel and Tours Sdn. Bhd. untuk mengembangkan lagi sektor ini.. Kami yakin akan dapat memperkenalkan dan memasarkan produk-produk tersebut tak kira untuk pelancong-pelancong luar dan juga dalam negara.

Impian Paksi Ummah Travel and Tours Sdn. Bhd. adalah untuk menjadi sebuah agensi pelancongan yang maju dan berdaya saing, agar dapat mengembangkan sektor pelancongan negara disamping dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Categories:

Leave a Reply

 
  • HOTLINE FESTIVE TRAVEL

    04-7714226 ( pejabat )
    Yayasan Paksi
  • HOTLINE SMS FESTIVE TRAVEL

    010-4046224 / 010-4646224
    Umrah Ziarah Paksi
  • SEBARANG PERTANYAAN?

    emel : yayasanpaksi@gmail.com