09 – 21 MAC 2012 (13H / 12M)
JADUAL PENERBANGAN – AIR ASIA (CHARTER) | ||||
FLIGHT | TARIKH | PESAWAT | BERTOLAK | KETIBAAN |
DJ 142 | 09 MAC | KUL - JED | 02:00 | 06:30 |
DJ 143 | 21 MAC | JED - KUL | 08:00 | 22:00 |
HARI 01 : KLIA-JED-MED
Jemaah dikehendaki berada di LCCT sebelum Jam 12 mlm untuk urusan check in. Seterusnya para jemaah akan berlepas ke Jeddah. Sampai di Jeddah, Jemaah akan dibawa menuju ke Madinah.
ZIARAH KEBERKATAN BUMI MADINAH AR-RASUL
Ya Allah, Saksikan Sesungguhnya Kami bermusafir Menziarahi KekasihMu………
Ya HabibaLlah, Terimalah Salam dari Kami, Sesungguhnya Kami Merinduimu……….
Wahai Penghuni Baqie’, doakan kami dapat bersama kalian di Syurga Firdaus………
Selepas Solat Asar / Maghrib, jemaah akan dibawa ziarah Makam Rasulullah, Sekitar Masjid Nabawi & Perkuburan Al-Baqie’ yang menempatkan lebih dari 10,000 orang sahabat. Pengkisahan sejarah & lokasi beberapa tempat penting sekitar Masjid Nabawi & lokasi pemakaman tokoh-tokoh penting Ahlul Bait dan Sahabat akan disampaikan oleh Barisan Pembimbing / Mutawif Umrah Tarbawi PAKSI.
HARI 02 : MADINAH
Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Maqam Shuhada’ dan seterusnya Pasar Kurma. Pengkisahan sejarah & lokasi beberapa tempat penting sekitar Bukit Uhud dan peribadi para Syuhada’ akan disampaikan oleh Barisan Pembimbing / Mutawif Umrah Tarbawi PAKSI
HARI 03 : MADINAH
Selepas solat Subuh, Jemah akan mengikuti Periwayatan beberapa Hadis di Dataran Masjid Nabawi……..
Selepas ziarah wida’ jemaah akan dibawa menaiki kenderaan menuju ke Masjid Bir Ali untuk berniat umrah dan menyambung perjalanan ke Makkah. Setibanya di Makkah jemaah akan terus ke Hotel untuk penginapan dan kemudiannya akan menyempurnakan umrah yang di pimpin oleh mutawwif.
HARI 04 : MAKKAH
Jemaah akan menunaikan Umrah Wajib. Selepas selesai, jemaah akan beristirehat. Selepas Asar, acara ziarah dalaman Masjidil Haram.
HARI 05 : MAKKAH
Jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Jabal Rahmah, Jabal Thur, Jabal Nur, Arafah, Mina dan seterusnya ke Jaaranah untuk berniat umrah.
HARI 06 : MAKKAH
Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa ke hudaibiyah .didalam perjalanan jemaah akan singgah melawat kilang kelambu kaabah, muzium dan ladang unta.
HARI 07- 12 : MAKKAH
Aktiviti bebas, para jemaah di nasihatkan supaya memperbanyakkan ibadah.
Aktiviti Kuliah Ilmu / Periwayatan Hadis akan diadakan waktu Dhuha.
Khatam Al-Quran & Qiyamullail akan diadakan di sebelah malam.
HARI 13 : MAKKAH-JEDDAH-KUALA LUMPUR
Setelah selesai Tawaf Wida’ jemaah akan berangkat ke Jeddah. Kemudian para ke King Abdul Aziz Airport, Jeddah. Jemaah dijangka sampai di LCCT jam 10 mlm.
PENGINAPAN DI MEKAH :-
MANAZIL KHEIR BARAKAH @ RAWABI GROUP HOTEL ( 150 -180 M )
PENGINAPAN DI MADINAH :-
SHARQ MANAZIL @ AL-AOUS MANAZIL ( 80 M )
PENGISIAN TARBAWI :
6 x Liqa’ Fikri / Majlis Ilmu di Hotel & Masjid
1 x Qiyamullail di Masjid Nabawi
2 x Qiyamullail di Masjidil Haram
Mutawif Muslimah untuk ke Raudah ketika di Madinah
Tazkirah & Pengkisahan Sirah sepanjang program ziarah
HARGA PAKEJ : RM 5,600
Harga untuk 4/5/6 org sebilik. Bergantung keluasan bilik.
Tambahan RM500 untuk bilik ber-Dua / RM350 untuk bilik ber-Tiga
Harga Pakej Termasuk :-
Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
Cukai lapangan terbang dan insurans kapal terbang
Permohonan visa
Penginapan madinah/mekkah
Pengangkutan darat ( seperti aturcara ) di arab Saudi
Lawatan / ziarah seperti aturcara
perkhidmatan mutawwif
Cenderamata:-
1 Beg bimbit
1 Beg passport
1 Buku panduan mengerjakan umrah / ziarah
10 liter air zam-zam
Harga pakej tidak termasuk :-
Lawatan tambahan yang tiada dalam aturcara
Excess baggage ( lebihan bagasi )
Syarat-syarat pendaftaran :-
Wang pendahuluan untuk tiket penerbangan RM500
Mengisi borang pendaftaran
Passport Malaysia ( tarikh sah lebih 6 bulan )
Buku suntikan Meningitis
4 keping gambar berukuran ( 6cm x 4 cm ) berlatar belakang putih
Salinan surat nikah (bagi suami / isteri)
Surat beranak bagi anak yang bawah 12 tahun .
Salinan kad pengenalan .
**** SEBARANG PINDAAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA *****
PAKSI UMMAH TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
No. 53, Tingkat 3, Taman Gunung Indah, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah.
Tel : 010-4046224 / 010-4646224 E-mail : paksiummahtravel@gmail.com
http://umrahziarah-paksi.blogspot.com